Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday 24 March 2012

RANCANGAN MENGAJAR

RANCANGAN MENGAJAR
Nama Tadika           : Tadika Seri Cemerlang
Bilangan Murid       : 24 / 25 orang
Umur                           : 6 tahun
Minggu & Hari          : Minggu  ke 25 & Khamis
Tarikh                          : 21 Jun 2012
Cadangan masa       : 60 minit ( 9.00 pagi – 10.00 pagi)
Tema dan Tajuk      : Negara Saya (Rumah Ibadat)
Tunjang Utama          : Tunjang Komunikasi – Bahasa Melayu
Tunjang Disepadukan :
I. Tunjang Perkembangan Fizikal Dan Estetika – Kreativiti
Standard Pembelajaran Utama :
I. (BM 3.5.2) Membatangkan dua suku kata terbuka untuk menjadi perkataan dengan bimbingan.
Standard Pembelajaran Yang Disepadukan :
i. (KTI 1.2.7) Menghasilkan karya mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai aktiviti menggambar.    
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid boleh :
i.  Menyebut suku kata yang mudah seperti Masjid, Kuil, Gereja dan Tokong. 
ii. Mengenali agama bagi setiap rumah ibadat seperti Masjid = Islam, Kuil = Hindhu, Gereja = Kristian dan Tokong = Buddha.
iii. Menghasilkan karya mengikut kreativiti sendiri.  
Pengetahuan Sedia Ada :  Murid sudah mengenali rumah ibadat bagi agama Islam.
Penerapan Nilai : Kerjasama, Semangat, Keberanian, Peka, Keyakinan dan Ketekunan.  
Alat Bantu Mengajar : Rakaman Azan, “Slide Show rumah ibadat”, Kad suku kata, Kertas lukisan, Kertas warna, Gam, Gunting dan Lembaran kerja.
KBKK                        : Menjana idea, Menghubungkait
Kosa Kata                : Masjid, Kuil, Gereja dan Tokong.

RANCANGAN MENGAJAR
Langkah / Masa
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Catatan / ABM
Set Induksi
( 5 Minit )
- Guru memperdengarkan azan kepada murid – murid.
- Guru menyoal murid – murid. “Dari mana kamu biasa mendengar azan ? ”

- Murid – murid mendengar azan.

- Murid – murid cuba menjawab persoalan guru.


ABM : Rakaman Azan.

Objektif :

Nilai : Kerjasama

KBKK : Menjana idea
Langkah 1
(30 Minit )
- Guru mempamerkan 24 gamabar tempat – tempat ibadat di Malaysia dengan menggunakan “Slide Show” :
a) Masjid – agama Islam.
b) Kuil – agama Hindhu.
c) Gereja – agama Kristian.
d) Tokong – agama Budha.
- Guru bersoal jawab dengan murid mengenai tempat – tempat ibadat.

- Guru membahagikan murid – murid kepada 2 kumpulan.
- Guru menerangkan mengenai aktiviti permainan yang akan di lakukan. Permainan ialah “Can Can Tum”.
Langkah :
1. Guru menampal gamabr rumah ibadat  dihadapan.
2. Guru meminta murid – murid mencari kad suku kata dan menampal kad tersebut mengikut gambar.
3. Akhir sekali, guru meminta murid mengeja.   
- Guru melakukan contoh permainan.
- Murid – murid melihat gambar yang dipamerkan oleh guru.  










- Murid – murid cuba menjawab persoalan guru.

- Murid – murid duduk di dalam kumpulan masing – masing.
- Murid – murid mendengar penerangan mengenai aktiviti permainan daripada guru.












- Murid – murid melihat guru.
ABM : “Slide Show”, Kad gambar, dan Kad suku kata.









Objektif : i & ii



Nilai : Semangat, Kerjasama, Keberanian

KBKK : Menjana idea.
Langkah 2
( 20 Minit )
- Guru memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dilakukan.

- Guru menunjukkan contoh untuk membuat kolaj rumah ibadat.
- Guru memberi bahan – bahan untuk membuat kolaj seperti kertas lukisan, kertas warna, gam dan gunting.
- Guru meminta murid – murid melakukan kolaj rumah ibadat.
- Murid – murid mendengar penerangan aktiviti yang diberikan oleh guru.
- Murid – murid melihat contoh guru membuat kolaj.
- Murid – murid mengambil bahan daripada guru.


- Murid – murid melakukan aktiviti kolaj.
ABM : Kertas lukisan, Kertas warna, Gam dan Gunting.

Objektif : ii & iii


Nilai : Kerjasama & Ketekunan



KBKK : Menjana idea
Penutup
( 5 Minit )
- Guru mempamerkan semula “ Slide Show” dan meminta murid – murid menyebut nama rumah ibadat dan agamanya.
- Guru memberi penerangan mengenai lembaran kerja.

- Guru memberi  lembaran kerja kepada murid – murid.
- Guru menyoal apakah yang telah dipelajari pada hari ini?  
- Murid – murid melihat “Slide Show” dan menyebut nama rumah ibadat dan agamanya.


- Murid – murid mendengar penerangan yang diberikan oleh guru.
- Murid – murid mengambil lembaran kerja.
- Murid – murid menjawab apa yang telah mereka pelajari pada hari ini.
ABM : “Slide Show” & Lembaran kerja.




Objektif : i & ii



Nilai : Keyakinan, Peka

KBKK : Menjana idea

Impak :

No comments:

Post a Comment